Saturday, October 23, 2010

.::.sElAmAt DataNg Ke BloG sAya.::.

Sedikit santapan minda buat para pembaca sebelum anda membaca intipati utama blog saya iaitu mengenai sejara hidup seorang hamba Allah yang telah saya pilih untuk menjadi tokoh dalam tugasan CTU551 saya ini...
selamat membaca,,,

 
"Aku sediakan bagi hamba-KU yang soleh sesuatu yang tidak pernah dipandang oleh mata. tidak pernah didengari dengan telinga, dan tidak pernah telintas di hati manusia"
[Hadis Qudsi. Riwayat Al-Bukhori & Muslim]

 

 
"Behold, in the creation of the heavens and the earth, and the altenation of the night and day, there is a indeed signs for men  of understanding"
[Mali'Imran: 190]


 
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tmbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah seorang dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi, pekerti yang tinggi, dan lain-lain perangai yang terpuji."
[Hamka]

 
.::. Jangan direnung letihnya usaha, tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan.::.
~~ sAlam ImtiHAn~~



Friday, October 22, 2010

Tugasan CTU551



*MUKA HADAPAN*


TAJUK:
Sejarah seorang tokoh agama di kariah anda.


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Nama : Nur Izzati Binti Mohd Anuar
No Matrik : 2010804906
Kumpulan: ASB1Ag


PROGRAM:
Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Kimia Gunaan)
(AS225)


*ISI KANDUNGAN*

TAJUK:
Sejarah seorang tokoh agama di kariah anda. 

ISI KANDUNGAN:
Abstrak
Pendahuluan
Huraian
Penutup
Rujukan

*ABSTRAK*

TAJUK:
Sejarah seorang tokoh agama di kariah anda. 

Menurut Kamus Dewan, edisi ke empat, di mukasurat 1703, tokoh bermaksud rupa atau keadaan yang tampak pada zahirnya, bentuk dan sifatnya. Manakala pada mukasurat 14, agama bermaksud kepercayaan kepada tuhan dan penerimaan  ajaran dan perintahnya. Ini dapat disimpulkan bahawa tokoh agama bermaksud seseorang yang mahir dalam bidang agama islam.


*PENDAHULUN*



Tokoh agama yang ingin saya perkenalkan disini adalah seorang yang amat dikenali di tempat tinggal saya. Beliau ialah Ustaz Yusof Bin Awang Mat. Beliau di lahirkan pada 10 Jun 1970 di Kampung La, Besut, Terengganu, dan kini beliau berusia 40 tahun. Anak ke empat dari tujuh adik-beradik pasangan Awang Mat bin Yaacob dan Mariam Binti Mamat ini, telah mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung halaman beliau iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung La, Besut, Terengganu. Kemudian beliau menyambungkan pelajaran beliau di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh, Besut, Terengganu dan belau mendapat sijil Spm beliau pada tahun 1989. Beliau kemudian telah mengambil keputusan untuk merantau selama 2 tahun sebelum kembali ke kampung halaman dah berkahwin dengan isteri beliau iaitu Nor Mardiana Binti Awang Mat. Beliau dikurniakan 5 orang anak. Sekembalinya beliau ke kampung halaman, beliau telah dipilih untuk menjadi imam di masjid. Sampai ke hari ini, telah lebih 14 tahun beliau menjadi imam Masjid Mukim Kampung La.
 





Ustaz Yusof Bin Awang Mat







 Video temubual bersama Ustaz Yusof mengenai sejarah hidup beliau
 (temubual dalam loghat daerah besut)
                                                

*HURAIAN*


Ustaz Yusof Bin Awang Mat, amat berkebolehan dalam bertadarus al-quran. Beliau juga menjadi tempat rujukan sebarang pertanyaan mengenai agama. Beliau sekarang aktif dalam melakukan aktiviti masjid. Diantara aktiviti masjid adalah, tadarus al-quran beramai-ramai. Dimasjid juga merupakan tempat untuk belajar tadarus al-quran. Bagi kanak-kanak yang baru belajar al-quran di masjid, jika beliau ada kesempatan, beliau sendiri yang akan mengajar kanak-kanak tersebut. Beliau juga merupakan pegerusi untuk kelas fardu ain yang dijalankan di masjid dan program KAFA di sekolah rendah di kampung beliau, iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung La, yang merupakan sekolah lama beliau. Hasilnya, kebanyakan kanak-kanak belajar tadarus al-quran di masjid dan dapat bertadarus dengan lancar. Beliau telah dipilih menjadi imam kerana pengalaman beliau, beliau yang pernah mengembara mengelilingi Malaysia selama dua tahun sememangnya lebih layak, kerana beliau lebih arif dalam menguruskan masjid. Ada juga nama-nama lain yang dipilih untuk menjadi imam, tetapi nama-nama tersebut tidak menetap dikampung dan bekerja diluar kampung. . Ustaz Yusof merupakan seorang yang amat merendah diri, suka bergurau, peramah dan juga mudah didampingi, Beliau amat disenangi oleh masyarakat kampung. Beliau memang seorang yang bersemangat tinggi, beliau pernah berkata yang beliau akan melakukan apa yang terdaya untuk memertabatkan agama islam. Semangat itulah yang telah membuat saya memilih beliau sebagai tokoh dalam tugasan saya ini. 


Masjid Mukim Kampung La, Besut, Terengganu


Diantara aktiviti yang dijalankan di masjid
*PENUTUP*


Disini apa yang dapat diringkaskan dalam topik "Sejarah seorang tokoh agama di kariah anda", saya telah memilih  Ustaz Yusof Bin Awang Mat sebagai tokoh saya. Beliau yang berusia 40 tahun, pada 10 Jun baru-baru ini merupakan seorang imam di masjid mukim Kampung La, Jerteh, Besut, Terengganu. Merupakan anak jati Besut yang telah berkhidmat sebagai imam  di kampung halaman beliau selama 14 tahun. Mendapat pendidikan awal di sekolah di kampung beliau dan menyambungkan pelajaran sekolah menengah dilsalah sebuah sekolah agama di daerah Besut. Beliau telah berkahwin dengan Nor Mardiana Binti Mamat  dan dikurniakan 5 orang anak. Anak jati Besut ini kini aktif dalam melakukan berbagai aktiviti di masjid dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid dan orang kampung. Semangat beliau yang amat tinggi itulah yang telah membuat saya memilih beliau menjadi tokoh dalam tugasan CTU551 ini.
Sekian~~
Wassalam~~


*RUJUKAN*

Noresah Baharom, d. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.wikipedia.org
http://ms.wikipedia.org


 

.::. Nukilan Empunya Blog.::.

Nama :: Nur Izzati Binti Mohd Anuar
Kod  Pengajian:: AS225
Program :: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) (Kimia Gunaa)
Kumpulan :: ASB1Ag
Asal :: Besut, Terengganu Darul Iman
Pendidikan :: ~ Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Akar
             ~ Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong,
             ~ Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmood 1
             ~ Kolej Matrikulasi Pahang
              ~ Universiti Teknologi Mara, Kampus Arau, Perlis
.... blog ini adalah untuk tugasan CTU551.......